Sunday, December 17, 2006

Akif start melangkah dah...


Alhamdulillah...Akif dah start melangkah. Walaupun takut-takut dan tak confident, perubahan tu cukup menggembirakan aku. Tapi memang kene banyak sabar...sebab dia cepat serik bila jatuh. Kenalah pujuk beria-ia sikit nak suruh dia berjalan.

Mulut dia pulak...aduhai, tak daya nak menahannya. Makin petah bercakap. Nak pulak, dia tak pelat. Siap boleh sound ayah dan mama dia kalau ada yg dia rasa tak kena. Dalam loghat Chenor lagi!!! Sabo jelah...anak

Apapun, aku happy betul dengan kerenah dia sekarang. Maklumlah, lama sangat dia berbaring dan tak dapat buat macam apa yg budak lain boleh buat. So sekarang ni...balas dendam la dia...

Wednesday, December 06, 2006

Berembang Oh Berembang...


Tragedi Berembang, 20 Nov lalu betul-betul menyakitkan dada aku tentang sikap penguasa tempatan, MPAJ. Walaupun alasan mereka, 'menjalankan tugas', sikap mereka yang tak boleh bertolak ansur tu cukup menimbulkan kebencian. Nak pulak, kes tanah di kampung tu masih dibicarakan di mahkamah.

Aku ikuti kes itu dari hari pertama, ketika rumah-rumah di situ dirobohkan. Sakit mata, sakit hati melihat cara MPAJ berkerja. Langsung tak berperikemanusiaan. Lebih sakit lagi, pada 30 Nov yang menyaksikan surau di kampung tu dirobohkan. Bukan sikit air mata aku mengalir...


Yang geram tu, pegawai Jais pun tak boleh buat apa-apa. Kalau dah tak boleh buat pape, ngape datang kampung tu hari tu? Saja nak mengaburi dan memberi ruang MPAJ buat keje-keje meroboh tanpa disedari penduduk?

Tapi, yang paling aku kagum tentang Tragedi Berembang ni...ialah kanak-kanak di situ. Walaupun masih kecil, mereka bermati-matian mempertahankan kampung mereka. Semangat mereka memang betul-betul unik!!! Tapi, yang geramnya MPAJ tak nampak semua tu. Rempuh je budak-budak tu, sedangkan mereka lebih kecil berbanding mereka...

Aku teringat kata-kata seorang penduduk di situ, sebelum balik ke pejabat untuk buat berita.

"Jangan kahwin dengan pegawai MPAJ!" - disambut dengan sokongan daripada beberapa orang di situ...

Thursday, November 16, 2006

Penyelewengan SPR dan faktor Anwar


Mon Oct 30, 06 05:24:03 PM
Oleh Lutfi Othman dan Anis Nazri

Naib Presiden KeADILan, AZMIN ALI, menarik perhatian awam apabila membuat pendedahan terperinci tentang kepincangan dalam daftar pemilih. Sebagai Pengarah Pilihan Raya KeADILan Pusat, beliau bertanggungjawab menyediakan laporan tentang pilihan raya di Malaysia, "Sham Democracy".

Harakah berpeluang mewawancara tokoh muda yang cukup rapat dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim ini, di pejabatnya, di Taman Tun Dr Ismail, 13 Oktober lalu. Banyak yang disinggungnya termasuk faktor Anwar menjelang pilihan raya akan datang. Ikuti wawancara ANIS NAZRI dan AHMAD LUTFI OTHMAN dengan Azmin.

HARAKAH: Baru-baru ini, KeADILan ada menyediakan laporan tentang penyelewengan pilihan raya umum ke-11. Apa tindakan susulan berhubung laporan tersebut?

AZMIN ALI: Laporan itu dinamakan 'Sham Democracy', di mana ia adalah hasil penyelidikan pakar-pakar IT KeADILan. Laporan tersebut dihantar kepada wakil-wakil kedutaan asing di sini bagi menggambarkan situasi sebenar sistem pilihan raya di Malaysia kepada mereka. Dato' Seri Anwar Ibrahim sendiri mengedarkannya ke peringkat antarabangsa.

Apa reaksi Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman terhadap pendedahan itu?

Beliau agak panik apabila melihat bukti-bukti itu. Malah beliau bercadang mengadakan pertemuan dengan pimpinan KeADILan, di mana beliau kumpulkan pimpinan parti yang agak rapat dengan beliau seperti di Kelantan, untuk bertemu secara sulit. Bagaimanapun, beliau meletakkan syarat dengan tidak mengizinkan saya menghadirinya. Jadi, tiada siapa daripada parti yang hadir kerana beranggapan isu tersebut bukan isu Azmin, tetapi isu parti. Beliau berjanji mahu buat pertemuan dengan parti politik mengenai daftar pemilih selepas raya.

KeADILan turut membina satu sistem dinamakan Sismep 12. Apa keperluannya?

Tentang Sismep 12 (Sistem Menang Pilihan Raya ke-12) ini, saya tidak tahu bagaimana Rashid tahu mengenainya. Pada 10 Ogos lalu, beliau mengeluarkan kenyataan dalam Berita Harian mengenai sistem ini. Katanya, sistem ini gimik politik, dan sebenarnya tiada pengundi hantu dalam daftar pemilih. Masalahnya beliau tidak menjawab isu sebenar yang dibangkitkan. Saya sebut, jika bukan pengundi hantu, apakah status pengundi tersebut?Contohnya, pengundi yang sudah meninggal datang mengundi. Itu bukan hantu? Okey, jika bukan, kategori apa pengundi itu? Saya bagi contoh dalam laporan bertulis, ayah saya sendiri boleh datang mengundi selepas lima tahun meninggal. Dan memang ada yang datang mengundi dengan mengunakan nama dia.
Pada 1999, ayah saya meninggal bulan Julai dan pilihan raya November. Namanya sudah dikeluarkan dari daftar pemilih, tapi pada 2004, namanya dimasukkan semula. Bukan setakat masuk, tetapi boleh datang mengundi. Kita ada bukti. Pengundi apa ini? Ini bukan hantu?

Apa sebenarnya pengundi hantu berdasarkan kajian saudara dan KeADILan?

Antara lainnya pengundi yang menggunakan alamat rumah orang lain tanpa kebenaran, bilangan pengundi yang tidak sepatutnya berada di dalam sesebuah rumah, wujudnya alamat yang bersifat pangsapuri sedangkan di kawasan tersebut hanya rumah kampung sebuah-sebuah, jumlah kertas undi di Dun dan Parlimen tidak sama, dan lain-lain lagi yang diperincikan dalam Sham Democracy.

Dulu kita serang SPR tanpa bukti, kini sudah cukup bukti. Ia terhasil dari Sismep 12 yang digabungkan dari daftar pemilih yang dibeli dari SPR. Bagi kami, pengundi hantu ialah pengundi yang tiada kelayakan untuk mengundi. Sismep 12 bukan saja boleh kesan penipuan tapi juga kaedah penipuan.

Begitu juga tentang umur pengundi di antara 90-122 tahun, bilangannya hampir 20 ribu. Saya pertikaikan. Di Padang Serai, kita dimaklumkan terdapat 38 orang berumur lingkungan usia tersebut. Mereka buat culaan sebelum puasa baru ini dan mendapati sudah 36 orang tidak ada. Jadi kita perlu turun padang untuk memastikan senarai nama mereka yang sudah tiada dikeluarkan dari daftar pemilih.

Lagi kepincangan dan penyelewengan SPR?

Tahun 2004 menyaksikan pilihan raya yang paling buruk. Contohnya pengundi yang tiada saluran untuk mengund, di Selangor saja, 223,000 pengundi tiada saluran mengundi. Jadi mereka tidak dibenarkan mengundi. Bagaimana ini berlaku? Begitu juga dengan alamat palsu yang terkandung dalam daftar pemilih. Di Pulau Pinang, rumah di situ sehingga nombor 30, tapi dalam daftar pemilih terdapat nombor sehingga 80. Soalnya, di mana rumah-rumah ini? Banyak kepincangan tentang daftar pemilih didedahkan dan memerlukan pembersihan. Bagaimana ia dapat dijalankan?

Apa yang akan menyusul selepas kursus Sismep 12 yang telah kita adakan, kita akan membekalkan borang kaji selidik (BKS) di mana setiap bahagian dibekalkan. Berdasarkan Sismep 12 kita akan turun ke ke bahagian untuk kumpulkan maklumat. Contohnya, setinggan yang banyak dirobohkan di Selangor dan KL, di mana mereka sekarang? Jadi, kita serahkan kepada 'task force' di peringkat pusat dan kemudiannya dibawa secara kolektif ke SPR. Kita mahu beri tekanan kepada SPR.

Apakah bahan-bahan bukti itu akan mengikat SPR untuk membersihkan daftar pemilih atau ada helah Rashid yang lain?

Setakat ini beliau tidak bagi jawapan tepat. Tidak menjawab soalan asas. Kita bukan cakap kosong, kita ada bukti melalui sistem yang cukup baik. Sebab itu dalam kongres KeADILan, kita desak Rashid dan Setiausahanya, meletakkan jawatan. Jika tidak, KeADILan tidak menolak kemungkinan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong kerana perlantikan ini oleh Agong, walaupun atas nasihat kerajaan. Kita mahu serahkan bukti-bukti ini kepada Majlis Raja-raja supaya tindakan diambil sebelum pilihan raya akan datang.

Jika dilihat dalam Perlembagaan, soal perlantikan mesti mendapat keyakinan awam.

Itu jelas, tetapi sekarang keyakinan itu sudah tidak ada, sudah terhakis. Terhakis kerana rakyat sudah didedahkan dengan penyelewengan dan pencabulan SPR dan ini satu perkara serius. Cuba lihat di Thailand, pengerusi yang menjaga hal ehwal pilihan raya dipenjarakan bersama-sama dua anggota exconya kerana menyeleweng dalam pilihan raya. Bila situasinya begitu, barulah rakyat yakin dan percaya dengan institusi tersebut. Mengapa tidak kita? Malaysia selalu mendabik dada, mengatakan negara demokratik, negara Islam, tapi pemimpin yang juga pengerusi OIC menunjukkan contoh yang tidak baik.

Soalnya di negara kita, walaupun pembangkang menunjukkan pelbagai bukti penyelewengan SPR, namun respons daripada rakyat nampak tidak kuat?

Ini masalah kefahaman, juga media di Malaysia yang tidak bebas. Sentiasa dipadamkan tentang sokongan terhadap pembangkang, jadi maklumat tak sampai. Maka menjadi tanggungjawab parti untuk mendidik rakyat supaya memahami keperluan pembaharuan dalam sistem pilihan raya. Saya lihat tiga komponan parti pembangkang, KeADILan, PAS dan DAP, buat kali pertama bersetuju duduk semeja untuk membincangkan tentang pembaharuan, di mana kita juga menubuhkan Join Action Committee on Election Reform (JACR), khusus untuk membincangkan tentang pembaharuan ini. Kita akan adakan sidang akhbar selepas raya, di Parlimen. Dalam isu ini kita bersama, kemudian kita turun ke bawah untuk menerangkan kepada rakyat. Untuk memberi tekanan kepada pemerintah terutama daripada pihak antarabangsa, peranan Dato' Seri Anwar Ibrahim amat diperlukan. Selepas sistem ini dibina, sudah kenal pasti masalah dan melihat pelbagai pencabulan dan kelemahan, kita kumpul semua dan telah menyiapkan laporan 'Sham Democracy'. Dan atas permintaan Anwar, kita dah hantar ke kedutaan asing yang berpangkalan di Kuala Lumpur. Tujuannya agar mereka tidak menerima mudah kemenangan BN dalam mana-mana pilihan raya. Mereka perlu faham bahawa penyelewengan itu terlalu 'real', serius tetapi tidak dapat didedahkan kerana media di sini dikongkong, malah dimiliki, parti pemerintah. Beberapa kedutaan asing sudah menghubungi kita semula, untuk dapatkan maklumat dan penjelasan yang lebih terperinci, termasuk beberapa negara Asean yang agak 'concern' dengan perkembangan demokrasi.

Bagaimana dengan tuntutan untuk membawa masuk pemantau antarabangsa?

Secara prinsipnya, KeADILan fikir bahawa pemantauan asing tidak perlu, tetapi dengan syarat pilihan raya itu bersih. Apabila berlaku terlalu banyak penyelewengan, kita tiada pilihan melainkan perlu dipantau, bukan pada hari mengundi sahaja, tetapi sekurang-kurangnya enam bulan sebelum tarikh pilihan raya untuk melihat keseluruhan proses pilihan raya itu.

Ada pihak berpendapat pemantauan itu sendiri seolah-olah memberi mesej pilihan raya kita tidak bebas?

Ini bukan soal tidak demokratik. Kalau pilihan raya kita bersih, adil tiada sebab takut untuk dipantau. Memang menjadi amalan antarabangsa seperti di India, Turki yang membenarkan pemantau antarabangsa. Tiada benda yang hendak disorok. Bila Malaysia tidak benarkan, timbul keraguan bahawa ada sesuatu yang tak kena. Saya setuju pencabulan bukan hanya pada daftar pemilih, tapi merangkumi semua, seperti media. Suasana sekarang cukup baik untuk pembangkang, perlu rapatkan barisan antara kita kerana rakyat sudah letih dengan pemerintahan.

Mengenai hubungan PAS-KeADILan. Sesetengah pihak melihat ia tidak seintim dulu?

Saya tak setuju pandangan itu. Sekali lagi, ini peranan media yang melihatkan hubungan PAS dan KeADILan yang kononnya tidak rapat. Bagi saya suasana hari ini lebih akrab. Perbezaan pendapat itu perkara biasa. Dalam satu keluarga pun ada berbeza pandangan. Tapi yang penting perlu bergerak atas dasar permuafakatan.
Memang ada perbezaan dalam beberapa perkara, seperti isu Tun Mahathir, tetapi masih ada banyak perkara yang kita setuju bersama. Mengapa kerana ada satu, dua perkara yang kita tak setuju diperbesarkan, sedangkan perkara yang disepakati bersama ditenggelamkan. Inilah peranan media. Suara Keadilan dan Harakah punya tanggungjawab untuk tonjolkan persefahaman di kalangan ahli KeADILan dan PAS. Kita tak mahu rakyat keliru dengan benda-benda begini. Kenapa hari ini Mahathir nak bicarakan apa yang dulu dia juga buat?

Betul, sebagai parti politik kita kena ambil kesempatan, tapi jangan sampai terperangkap. Kita boleh eksploit isu, tapi kena bijaksana. Jika sudah terperangkap, kita susah nak 'make adjustment' dan rakyat di bawah menjadi makin keliru. Jangan lihat ini sebagai satu masalah, banyak lagi persamaan yang dimuafakat bersama.

Kembali faktor Anwar, ramai tidak puas hati pembabitannya dalam kancah politik Malaysia. Beliau masih banyak masa di luar negara sedangkan barisan pembangkang memerlukan kehadirannya. Lagipun pilihan raya sudah tidak lama lagi dan kita bimbang dalam masa singkat nanti tidak banyak yang boleh dibuat oleh Anwar.

Itu satu persepsi yang 'real', bukan saja daripada PAS, tapi KeADILan juga. Begitu juga rakyat biasa. Mereka mahu Anwar berada di Malaysia. Saya setuju sentimen ini. Tetapi Anwar lebih tertumpu kepada program yang diadakan secara tertutup kepada kelompok sasaran. Jadi tidak banyak publisiti. Anwar juga banyak menyatakan pendirian tentang PAS, di pentas-pentas antarabangsa, di mana beliau menyangkal pemikiran non Muslim yang menyifatkan PAS sebagai Taliban. Bila mendengar hujah dan pendirian Anwar, mereka baru faham kedudukan sebenar. Anwar banyak berhubung dengan Dewan Perniagaan Cina, Persatuan Pendidikan Cina termasuk Suqiu, Persatuan Hokkien dan lain-lain. Kesannya sangat positif, mereka makin faham kedudukan sebenar.

Agenda di luar negara pun penting juga, kerana jika kita mahu perintah negara ini, kita perlu mendapat sokongan dunia antarabangsa. Soalan pertama yang sering ditanya kepada Anwar, mengapa KeADILan ada hubungan dengan PAS? Anwar sering pertahankan pendiriannya tentang hubungan dengan PAS. Akhirnya, mereka dapat gambaran jelas tentang PAS.

Anwar tidak akan lama di luar negara, dia akan kembali ke tanah air untuk mengukuhkan kedudukan kita, barisan pembangkang. Insya-Allah.

Friday, November 10, 2006

ISA: Sunyi dan air mata Syawal


Khamis, 19 Oktober 2006

Saya teringat, Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi pernah melahirkan rasa sunyi menyambut Ramadan dan Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi dengan ketiadaan isteri tercinta yang mengadap Ilahi sejak setahun lalu.

Rasa kesunyian yang dialami itu diluahkannya dalam nada lirih dan sayu, mampu membuatkan ramai yang bersimpati dengan ujian yang diberi kepadanya.

Ohh...saya bukan mahu bercerita tentang kesunyian, kesedihan Pak Lah. Biarlah dia dengan segala kesedihan dan kesunyiannya, kerana semua insan di muka dunia ini akan berhadapan situasi sepertinya. Tidak kira kerana kehilangan isteri, suami atau anak-anak. Malah, tanpa kehilangan sesiapa pun pasti sekali dalam hidup mereka situasi tersebut akan ditempuh.

Teringat kesedihan dan kesunyian yang diungkap Pak Lah, spontan saya terbayang wajah-wajah isteri tahanan ISA, yang telah lama kesunyian dan dilambung kesedihan, malahan lebih lama berbanding Pak Lah sendiri.

Ya! Hampir lima tahun mereka diselubungi kesunyian dan kesedihan. Hampir lima tahun pelbagai perasaan terimbau di jiwa mereka. Sedih, kecewa, terkejut, marah, sakit hati, pedih, dan segala macam rasa yang ada tersemat kukuh dalam jiwa mereka.

Isteri-isteri yang selama ini banyak bergantung harap kepada suami mereka semata-mata, dipisahkan secara kejam hingga mengakibatkan mereka mengalami 'kejutan budaya' apabila terpaksa mengambil alih tugas dan tanggungjawab suami selama ini.

Sebelum ini, sebelum saya menjadi wartawan, saya tidak tahu apa itu ISA. Pada pandangan saya, ISA ini sama seperti undang-undang lain. Aduh! Alangkah ceteknya pengetahuan saya ketika itu. Dan saya sedar, ramai di luar sana yang masih kabur, malah tidak memahami apa ISA itu sebenarnya.

Apabila menceburkan diri dalam bidang kewartawanan, saya agak selalu juga membuat tugasan mengenai akta drakonian itu, di samping rakan setugas yang lebih pakar tentang ISA, Wan Nordin. Kekerapan saya mengikuti program anjuran Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) sebenarnya menambahkan pengetahuan kepada saya, di samping mendekatkan diri dengan keluarga tahanan tanpa bicara ini.

Bagaimana dekat sekali pun saya dengan isteri-isteri tahanan ini, saya tidak pernah bertanya dari hati ke hati tentang perasaan mereka. Faham-faham sendiri sajalah, tak perlu tanya...fikir saya. Daripada program-program yang saya hadiri, saya fahami perasaan mereka dan ada ketikanya bertindak 'kejam' (seperti yang diungkap rakan setugas, Azamin sebelum ini) apabila tidak mengendahkan perasaan mereka demi mendapatkan berita yang diingini.

Norlaila Osman, satu nama yang begitu sinonim dengan ISA. Saya rapat dengan beliau, di samping beberapa isteri tahanan lain. Namun, seperti yang saya katakan saya tidak pernah bertanya dari hati ke hati tentang perasaannya sehinggalah semalam, ketika saya ditugaskan untuk 'mengorek lumat' hati dan perasaannya, menjelang Aidilfitri kelima tanpa suami di sisi!

Terlihat kesedihan yang tergambar di wajahnya, kesayuan nada suaranya, genangan air mata di sudut matanya apabila bercerita tentang suami kesayangannya, menjadikan sesi temuramah bertukar menjadi perbualan biasa.

Aduhai...tidak tergamak rasanya mahu berbicara secara serius tentang perasaannya. Apatah lagi, ketika beliau rancak bercerita tentang sikap suaminya, tiba-tiba beliau terhenti kerana sebak dan cuba melarikan diri dari sisi saya bagi menyembunyikan air mata yang mengalir.

Lantas dengan segera cuba mengambil bingkai gambar memuatkan wajah suaminya bagi menutup kesedihan, dan kemudiannya kembali ke sisi saya.

Bagi mereka yang mengenali beliau, sudah pasti mengenalinya sebagai seorang yang kuat, tabah dan tidak menunjukkan kesedihannya di hadapan orang ramai. Tetapi, di hadapan saya, di kediamannya dan bukan di program GMI, beliau menjadi begitu sensitif. Lebih-lebih lagi dengan sikap kejam saya yang bertanya itu ini tentang Aidilfitri!

Kebetulan, ketika kami berbual...berkumandang lagu raya yang dari rumah jiran sebelah. Spontan beliau meluahkan kata-kata "arghh...raya tak bererti apa-apa" dengan nada penuh lirih dan sayu.

Saya tertunduk diam, terasa panas mata saya mendengar luahan itu. Spontan, tangannya saya genggam erat. Memberi kekuatan kepadanya, biarpun bahu yang memikul sudah pasti terasa beratnya berbanding mata yang memandang.

Tahun ini, sudah masuk tahun kelima Norlaila menyambut raya di Kamunting, bersama suami di balik tembok batu. Kebiasaannya menyambut raya bersama ahli keluarga, tetapi kini tradisi itu berubah. Gara-gara pemerintah yang takut dengan bayang-bayang sendiri.

Dari perbualan kami, Norlaila memberitahu pertemuannya dengan suami di pagi raya agak berbeza berbanding tahun-tahun lalu. Jika dulu, boleh duduk bersebelahan dan makan bersama, sekarang beliau dipisahkan di sebalik gentian fiber dan berbicara melalui interkom.

Sedihnya, suami kesayangan beliau diasingkan daripada tahanan-tahanan lain, malah sering ditukarkan ke sel-sel mengikut 'citarasa' pihak kem.

disuarakan hasratnya kepada suami untuk mengurangkan aktiviti bersama GMI, tetapi suami melarang dan meminta perjuangan itu diteruskan.

Katanya, jika bukan Ila yang nak berjuang...siapa lagi. Mohd Sah sendiri tidak kisah dipindahkan ke sana sini, kerana baginya penderitaan dan kesengsaraan sang isteri dan anak tunggalnya di luar sana lebih menyakitkan!

Di akhir pertemuan, sekali lagi Norlaila menitiskan air mata. Harapannya begitu tinggi, menyaksikan pembebasan suami tercinta, terutamanya menjelang takbir raya. Namun,seperti dijangka...suaminya masih di sana, menyaksikan beberapa rakan lain meninggalkan pusat berkenaan...

Kak Laila...sabarlah, Allah tidak menimpakan sesuatu ujian itu tanpa kemampuan dan keupayaan kita...

Friday, September 01, 2006

Malam Merdeka


Pada malam merdeka lepas, aku diassign ke talk mengenai kemerdekaan di Selangor Chinese Assembly Hall. Program anjuran Suaram, CIJ dan beberapa NGO tu membariskan beberapa panelis. Antaranya, Dato' Khalid Jaafar, peguam Lina Joy, Malik Imtiaz, Pengarah CIJ, Sonia Radhrawa. Start program dalam kul 8 sampai 11 malam.

Actually, aku bukan nak citer pasal talk tu. Lagipun, bukan banyak sentuh pasal merdeka secara langsung. Mereka banyak cakap pasal perlembagaan. Itupun, waktu aku ngan Adon, Din, Wan dan Amirul masuk, semua mata panelis tertumpu kat kitorg. Rupa2nya, aku sorang je yg bertudung waktu tu. Yang lain, ramai kaum Cina dan India. Melayu, ada la beberapa kerat.

Balik dari talk tu, tinggal aku ngan Adon jek. Yang lain, dah lari ke KLCC sebab nak cover malam merdeka. So, aku ngan Adon menapak ler ke stesen monorail, nak balik opis. Mak oii...ramaina umat nak pi pesta. Kat area situ ramai Cina la yang naik. Kalau LRT Putra, soheh ramai Melayu!!

Satu tren sampai, tak dapek nak nyelit. Aku ngan Adon lari kat pintu belakang sekali. Aiseh...Adon sorang je yg sempat nyelit. Itupun pintu dah separuh tutup. Kalau aku masuk jugak, mau terbelah dua jasad aku..hihi.

Cuak gak tinggal sorang2 kat platform tu. Nak pulak time malam2 pesta muda-mudi ni. Dah ler tak biasa ngan area tu. Dalam hati, mintak2 Adon tunggu kat Titiwangsa, sebelum menapak ke masuk ke opis. Kalau idak, mati keras aku nak jalan sorang2 ke opis. Dah masa sama, aku tepon hubby bagitau Adon dah lepas dan suh dia tunggu aku kat stesen.

Sampai je tren, aku nyelit masuk. Fuh! Lega...kat belah belakang ni, orang tak ramai ngat. boleh la bernafas lagi. Tapi, lepas je dua stesen penuh semula. Time tu memang berhimpit-himpit ler. Macam dalam tin sardin.

Dari dalam tren, aku jenguk2 ke bawah nengok suasana di Bukit Bintang. Mak aiii...ramainya orang. Selalu tengok kat tv jek, kali ni depan mata. Bila sampai kat Bukit Bintang, Imbi...dah ramai yang turun. Lega yang teramat lega...Bila tren dah lengang, tetiba aku nampak kelibat cam seseorang yang aku kenali.


Leeerr...mamat ni turun kat mana plak? Rupanya Adon turun kat Imbi, untuk tunggu tren yang aku naik. Bagus gak Adon ni...ingat dia kat kawan. Maklumlah, dah malam kan. Nak pulak malam pesta gitu...Thanks Adon :)

Sampai kat Titiwangsa, hubby dah tunggu. Pi makan dulu kat Kg Baru. Sempatlah menengok warga kota sambut merdeka melalui tv kat restoran tuh.

Waktu balik, kat Bulatan Pahang...punyalah semput nafas aku tengok mat rempit ni. Dah ler hon bertalu-talu. Cilok sana cilok sini, terberenti keta2 kat situ sebab bagi laluan kat diorang. Actually, bukan nak sangat bagi laluan kat diorg...tapi kalau terlanggar diorang lain pulak jadinya.

Dalam hati aku terdetik...la, macam ni rupanya kemerdekaan mereka.

p/s: Esoknya, tengok di Buletin Utama camana warga kota berpesta. Ngeri wooo...yang sedihnya, ada yang tak tau Rukun Negara bila ditanya! Tengok pulak kat Edisi Siasat di Melaka, pasangan muda mudi ditangkap khalwat dengan keadaan yang mengaibkan!!! Alahai...

Wednesday, August 30, 2006

Kembali berblog...


Aduhai...lama sungguh tak update blog ni. Lately ni, takde mood nak ngadap komputer. Cam tak best je mata nak menatap skrin PC. Dah bosan kot...heh. Nak pulak, akhir2 ni...segala mood terbang melayang. Mood nak bekerja, nak berblog. Macam nak cuti panjang-panjang, tenangkan dan rehatkan fikiran. Padahal, baru je bercuti ke Langkawi. Ngape ek? Hehe...

Sibuk pun, iye jugak. Tak ler banyak ngat buat keje...tapi tak sempat nak update. Jangan kata nak update, nak jengok blog sendiri pun tak sempat. Apatah lagi blog orang lain. Nak2 pulak...pc pun asyik buat hal. Sampai tak pasal2 satu ari deadline tu, aku kene datang opis jam 3 pagi!!! Ermmm...apa nak buat, dah keje. Walaupun tensen, mengenangkan kalau story tu tak kuar...mau kene bom pejabat Harakah! Daripada merawat, baik aku mencegah awal2 gitu...

Inipun, dapat update sebab keje malam ni. So, tak balik umah...stay kat opis sampai Maghrib. Kalau balik umah, mau aku ponteng keje malam ni. Actually, aku malas kuar time warga kota berduyun-duyun nak berpesta merdeka. Tapi, dah tanggungjawab, keje (bak kata Mawi...hehe), kene la utamakan dak? Walaupun terbayang muka si comel kat umah tu...terngiang2 suara dia yg ngomel itu ini..."Akif...mama rindu Akif la...."

Sambil2 update ni, mikir gak topik untuk catatan wartawan. Takde idea, beb! Zero! Senin ni kene publish dah. Dah ler deadline tu!!! Emmmm, tak gheti nak menulis la pulak...hehehe. Any idea?

Wednesday, July 26, 2006

Arak dan kehidupan...(Apa dah jadi ni?)



Dah berapa lama, boss besar (Lutfi) bagi assignment kat aku pasai arak ni. Tak berjalan2 gak...sampai la satu ari tu, aku turun padang ke 7E untuk melihat sensitiviti umat Islam terhadap minuman haram tu. Sebelum tu, aku dah publish sikit kat Harakah, pasai 7E yang bebas jual arak, walaupun pada orang yang beragama Islam.

Untuk kali ni, aku turun semula dan plan nak beli. Oppsss!! Bukan beli nak minum ek....tapi nak tengok budak cashier Islam tu tego ke idak. Takut gak sebenarnya...boleh ke beli, walaupun untuk kajian? (nak pulak lepas S/U PPIM, Dato' Maamor sound..kata aku tak boleh beli!) Tapi dia sejukkan balik aku yg dah gabra dengar kata2 dia tu...dengan kata2 kalau niat baik okey la kot. (ada pulak kot.....cemana ek, kawan2? Gabra gak nih...)

Balik pd citer asal...aku pi la 7E kat umah aku, Keramat. Berdepan ngan pejabat agama Islam, mahkamah syariah, yang di belakangnya surau!! Confirm la kawasan Keramat tu Melayu belaka (Melayu tak semestinya Islam). Tapi, arak maintain tersusun.

Aku ngan member (merangkap photographer amatur...sebab Wan Zahari takut nak amik gamba dlm 7E) masuk...terus pi rak minuman. Member terketar2 pegang tin...sambil aku nak snap gambar. Ketar wooo..nak pulak CCTV ada di mana2.

Lepas je amik satu tin, dengan selamba member (cik Khalil) pi ke kaunter. Aik!! Aku dari luar tengok...sekejap beno tin tu masuk dalam plastik. Takde lak sekatan ke, apa ke...Bila cik Khalil kuar, aku tanya dia...apa nak buat ni?

Last, masuk balik...tanya budak cashier yg dua2 Islam...cam biasa la jawapan standard! "Hak mereka nak beli, kami takleh buat apa...orang tua tak sedar diri pun ada beli...."

Dah puas ati tu, pi la pulak Giant Setiawangsa. Takde lak rak arak. Okey gak tuh...Pi plak Carrefour, Wangsa Maju. Perghhh!! Rak sikit punya besar...siap tergantung kacang menglembu ngan snek kegemaran kanak2, 'Milo Nuggets'!!! Aduhai...pas ni, bawak Farhana (anak sedara yg gemar 'Milo Nuggets') takleh la lalu kat situ!! Ke...kene boikot? Cemana ek?

Balik dari assignment tu...termenung jap. Cam tak percaya je dengan 'kemudahan' umat Islam membeli arak. Yang jual pun Islam gak!!! Errr...apa nak buat ngan arak ni ek? Apalagi...buang jelah!!!

Beberapa ari lepas tu, pi shopping susu ngan pampers Akif kat Giant, Taman Permata. Lagi haru...!!! Tin arak bersusun sekali ngan air soya...Aduhai tak sensitif langsung. Sayangnya tak ingat nak amik gambo!!!

Inilah Malaysia negaraku...negara Islam Hadhari, ciptaan Pak Lah.


Monday, June 12, 2006

Jalan-jalan ke Langkawi!!!


Baru2 ni, pi jalan2 ngan family ke Langkawi. Dah lama plan nak jalan2 sefamily sebenarnya...sebelum Akif wujud lagi. Tapi, kesibukan kerja dan ketidaksepakatan adik-beradik, membuatkan agenda bercuti itu terpaksa ditangguhkan. So, baru2 ni plan gak supaya jadi. Sesekali release tension lepas penat bekerja.

Jadi, setelah sibuk survey sana sini, akhirnya sepakat nak pi Langkawi. 3 kereta semuanya. Gerak dari KL, kul 4.30 pagi. Budget sampai awal ke Langkawi, bleh relaks2. Sepanjang perjalanan tu, macam2 la kerenahnya. Biasalah, berjalan reramai nih. Yang paling tensennya, bila ada satu keta yang kehabisan minyak. Tau jelah, kalau minyak abis tengah jalan. ..kat tengah highway pulak tu! Berjam-jam la nunggu nak penuhkan semula tangki tu...sabo jelah!!

Sampai Langkawi dah senja. Straight pi Pantai Chenang, cari makan..dekat ngan tempat penginapan pun. Duduk kt chalet orang kampung. Kira ok la jugak, kat Pantai Chenang. Malam tu, tkde la agenda...sebab 'driver' sume pengsan!!!

Esoknya pagi2 lepas subuh...bebudak ni sume dah terjah ke laut. Main pantai...ngan Akif sekali. Kelakarnya, Akif ni geli ngan pasir. Letak je dia kat pasir tu...mulalah dia terkuis-kius. Lawak la pulak nengok gelagat dia. Sekejap je dia main kat pantai ni. Sibuk ajak naik ke atas.

Acara seterusnya, naik keta kabel! Punyalah payah nak ajak ibu naik. Takut katanya...aku pun takut gak sebenarnya, tapi cam rugi plak kalau tak join. Ih ih...tak ler gayat ngan pun. Okey gak...enjoy. Kalau tak naik sekarang, ntah bila plak boleh naik...

Lepas tu terus pi Padang Matsirat, shopping. Berjam2 gk kt situ, sebelum ke pekan Kuah...shopping pinggan mangkuk. Tapi, aku tak join ler sebab tak minat lagi nak kumpul pinggan mangkuk. Kot nanti dah duduk umah sendiri, harus aku pun giler nak beli pinggan yang memang murah kat sana..hihihi.

Balik chalet, dah kul 9 malam. Penat giler teman adik-beradik ngan mak pi shopping. Itu belum aku join depa shopping. Cuma jalan2 jek sekitar kedai yang diorang masuk. Agaknya kalau aku join, harus aku pun pengsan sekali.

Malam tu, sebelum tidur...lepak tepi pantai ngan hubby n Akif. Sembang2 ngan abang n kak Ieka (kakak angkat). Best giler lepak malam2 sambil ditemani deburan ombak, angin sepoi2 bahasa...Perghhh!! Jiwang giler..hehe.

Esok paginya, lepas check-out...singgah beli mangkuk lagi! Ada yang terlupa nak beli. Sabo jelah...mana nak sumbat sume barang2 ni..mau penuh boot keta nih!! Kuar dari Kuah, dah kul 3. Kul 4 naik feri...sampai Kuala Perlis. Sepanjang jalan ke KL...apalagi, perjalanan yg boleh makan 5, 6 jam jadi berjam2 sebab driver sume dah kehabisan tenaga. Boleh dikatakan, setiap R & R berenti...pekena nescafe, kopi segala. Mujur, hubby tak join shopping...so, sempat la sampai KL Subuh Isnin tu (hubby keje ari tu..deadline!) Yang aku plak...apalagi, padam terus ditemani Akif.

Apapun, enjoy la dapat holiday ngan family. Yelah...asik kumpul kat umah jek, sesekali kene gak kuar jauh sikit. Dengar2 nya lepas ni (bulan 12) nak pi Sabah pulak...huhuhu...

P/S: Kendian la update gambo...tak transfer lagi ke PC. Hihi...

Monday, June 05, 2006

Highway Karak Ohhh Highway Karak

Minggu baru ni, aku balik ke Chenor, umah mentua. Gerak dari Keramat jam 1.00, lepas pi kenduri kahwin jiran berhampiran. Melepasi kira2 50 meter aje dari tol Gombak, mata aku terpandang keta2 tersusun rapat. Aduhai, tak abis2 lagi jammed highway ni. Mesti tak abis lagi kerja2 diorng nih!! Satu lane tutup, bukak lane baru di arah bertentangan. Takde maknanya....siput jugak keta2 kat lane tuh.

Kami still kat lane asal. Malas nak masuk lane tambahan tuh. Mujur Akif sporting, tak buat hal. Duduk diam je dia... sambil mengunyah muffin, 'berkat' dari umah kenduri. Lepas tu, ngadap buku 'My Body' dia. Mujurlah...
Terbayang kesesakan di Tol Bentong nanti..aduhai....

Hampir 1 jam juga melekat sebelum sampai Genting Sempah. Alhamdulillah, selepas tu jalan okey sikit. Tak ler tensen sangat, sebab Akif pun dah start tak nak duduk diam.

Aku pelik betul la. Tak abis-abis highway menghubungkan ke pantai timur ni dikorek, diturap. Rasanya, dah berapa kali balik ke kampung, tak abis2 lagi kerja2 tu. Naik jemu plak. Mujur nak balik umah mentua..kalau setakat nak pi jalan2, tak kuasa aku!! Hihihi...Cemanalah kalau orang yang tetiap ari berulang-alik dari Pahang ke KL.

Pak menteri, Samy pun satu hal. Cubalah buat jalan tu untuk jangka panjang...20 tahun ke, 30 tahun ke. Ini buat untuk 5 tahun. Lepas tempoh tu, mula la nak korek, tampal semula. Sabo jelah...

Friday, June 02, 2006

Hati Yang Terusik


Hujung minggu lalu, saya ditugaskan untuk membuat liputan mengenai Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) sempena lima tahun penubuhannya. Majlis itu diadakan di Kelab Century Paradise, Taman Melawati dan dihadiri kira-kira 200 orang.

Entah mengapa, malam itu hati saya begitu tersentuh. Saya sudah biasa mendengar keluhan daripada para isteri yang suami mereka ditahan bertahun-tahun. Saya sudah biasa mendengar mereka marah-marah pada ISA dan Pak Lah. Tapi, malam itu saya mendengar keluhan dari anak-anak kecil yang kehilangan bapa mereka.

Naluri keibuan saya begitu terusik bila mendengar keluhan mereka. Di awal kata-kata mereka ketika mengenalkan diri dan nama bapa mereka, suasana sudah mula sebak. Anak-anak ini mula bernada serak, dan adakalanya tenggelam terus dalam suara kesyahduan mereka. Aduhai...deritanya mereka. Lebih-lebih lagi wajah-wajah ayah mereka turut menghiasi skrin yang ditayangkan.

Air mata saya mengalir. Naluri saya terusik. Betul-betul terusik. Sedih mengenangkan anak-anak kecil ang telah kehilangan ayah mereka bertahun-tahun. Ada yg masih berada di dalam kandungan ibu kita ayah mereka ditahan.

Aduhai berapa lama lagi kesabaran ini mampu dipertahankan? Berapa lamakah derita ini akan berpanjangan? Wahai Pak Lah...bebaskan ayah mereka. Jika tidak pun, bicarakan mereka!

Friday, May 26, 2006

Alahai...Anak Mama


Dua tiga menjak ni, Akif nangis sokmo time aku ngan hubby pi keje. Agaknya sebab last week rajin bawak dia jalan2. Kejap kang, bawak dia pi tengok ayah dia main tennis, kejap kang..bawak pi kedai. Pehtu, pi umah Aki sedara dia kat Selayang, pehtu...balik Kuala Selangor. Asyik jalan je, tu yg dia memberontak bila tengok mama ngan ayah dia nak pi keje, tinggalkan dia. Belum lagi dengar ayah dia start keta...mulalah berjujuran air mata.

Itulah anak-anak. Bila kita dekat dengan dia, dia pun akan dekat ngan kita. Macam dulu, ayah dia jarang main2 ngan dia sebab bz manjang kat opis. La ni, bila dah selalu2 main ngan ayah dia...tak nak pulak dia kat mama dia ni. Asal ayah dia keluar bilik, mula la tunjuk perasaan. Sampai hubby nak pi mandi pun....air mata dia dah bercucuran...ingat ayahnya nak pi jalan...kelakar....

Dah la sekarang ni, sikit2 nak 'kut' (read: ikut). Nampak je aku pakai tudung nak buang sampah, "kut". Nampak je ayah dia turun dan hala ke pintu, "kut". Tanya nak ikut ke tinggal...cepat je jawap "kut"...sambil muncung2 mulutnya nyebut. Hihihi...

Hai...itulah anak penawar hati.

Thursday, May 25, 2006

Meeting, meeting dan meeting lagi....


Hari ni, meeting lagi. Sejak-sejak duduk bawah KP baru ni, memang selalu meeting. Tapi ok jugak...sebab lebih fokus tentang sesuatu isu yang nak dibuat. Tak apalah kan...Hari ni je, dah dua kali meeting. Agenda utama, pasal Harakahdaily dan juga isu khas sempena 2o tahun Harakah. Ish..Ish...20 tahun dah Harakah rupanya.

Time bincang pasai Harakahdaily...sikit punya panjang. Hampir sejam jugak la bincang pasai tu. Akhirnya, agenda seterusnya tak dapat dibincangkan dalam meeting tu. Turun dari meeting room...perut masing2 dah berbunyi2 mintak diisi. Berita yang nak dibuat, tak siap lagi...perut lak berbunyi...solat tak lagi. Haru...Last nak jimat masa, order je McD. Tak payah kuar2..jalan2 cari makan.

Usai je solat, KP panggil meeting lagi. Alahai...tertangguh lagi la berita ini. Padahal berita seciput jek. Nak tak nak, pi la naik atas meeting lagi. Kali ni, pasai agenda yang tertangguh tadi. Maka, seperti biasa...masing2 dah ada tugasannya. Mujur pantas dan deras meeting kali ni...hihihi.

Jam 5.30, baru tanda2 biter boleh siap. Nampak gayanya, up esok la biter tu. Tak apa, biter tu pun bukannya biter 'basi'. Ni, dah kul 6 petang..opis dah sunyi sepi. Boss Khalil yang selalu balik lambat pun, dah balik sebab 'kejap rasa nak demam, kejap tak nak demam pulak' katanya. Balik la, boss..rehat. Member lain pun dah cabut. Cam biasa tinggal aku ngan Ali. English Section, tinggal lagi Adon yang setia menanti.

Apalagi nak buat pepetang ni. Sambil update blog ni, aku buat lagi biter yang ada. Esok datang, takde la banyak ngat story menanti. Inipun, ada dua lagi story. Hihihi...dah inilah duniaku...



Monday, May 22, 2006

UPL, deadline, blog....




Alahai...dah lama dah tak update blog ni. 2, 3 orang kengkawan menegur kalau2 ada update baru. Tak sempat maaa...pulak baru masuk keje ari ni selepas cuti tapa gaji seminggu, jaga anak. Nak buat cemana, Akif batuk lagi. Setakat batuk, takpe lagi...siap 'spasm' lagi tu. Kene continue bipap. La ni alhamdulillah dah okey sikit. Berani la nak tinggalkan dia ngan nanny dia.

Masuk keje ari ni, deadline. Tengok kawan2 tekun depan komputer, aku jadi tak gheti plak. Apa taknya, depa dah dapat assignment 2, 3 ari lepas. So ari ni dah start buat biter. Aku jugak la yg menung lagi....last2, dapat la jugak satu. Jadilah...

Internet plak..slow semacam. Sabar jelah...saja je nak uji perasaan. Hihihi...dengar2 website lak kena 'hack'. Entah la...biarlah depa yang uruskan.

Petang2 macam ni, sunyi lak. Ramai yang dah balik. Yang tinggal pun, Nordin. Pun tengah update blog. Ali plak, sibuk surfing internet...sambil2 buat biter. Azamin, awai2 lagi dah cabut...family first katanya. Aku yang masih ngadap komputer ni, rajin2kan diri update blog. Padahal, takde pape pon.

Papepun, kat sini dulu la. Lain kali sambung lagi...(ntah bila daaaa....)

Tuesday, April 18, 2006

Baru sedar ke?


“Jika anda tidak mendengar pendapat orang lain, anda akan membuat kesilapan. Jika anda hanya mendengar apa yang dikatakan penyokong sendiri, mereka tidak akan berkata apa-apa dan anda akan mendapat idea yang salah”.

Kata-kata Tun Mahathir, tentang kepimpinan negara hari ini. Petikan dari Berita Harian Online, 18 Apr 2006.

Monday, April 17, 2006

Novel Addicted!!


Baru-baru ni, member tanya...dah berapa banyak novel dibaca? Dah jadi library ke? Hehehe..banyak ke? Ntah la....

Novel sedang dibaca:

1. Getaran Rindu - Norzailina Nordin
2. Wajah Kekasih - Norjuliana Mohd Noor
3. Kau Bukan Untukku - Hanim Abu Bakar

Dah baca, dah jadi koleksi dan ada yg ilang (orang pinjam, tak pulang) :((

1. Pergilah Sepi - Fauziah Ashari
2. Ombak Rindu - Fauziah Ashari
3. Setia Menanti - Fauziah Ashari
4. Pesona Rindu - Sharifah Abu Salem
5. Tiada Lagi Mimpi - Sharifah Abu Salem
6. Egois - Norhayati Berahim
7. Hati Seorang Wanita - Norhayati Berahim
8. Nota Cinta Buatmu - Nohayati Berahim
9. Seharum Kasih - Aina Emir
10. Kau Untukku - Aisya Sofea
11. Gelora Jiwa - Aisya Sofea
12. Adam dan Hawa - Aisya Sofea
13. Bicara Hati - Damya Hanna
14. Sepi Tanpa Cinta - Damya Hanna
15. Gemersik Kalbu - Anis Ayuni
16. Kau Kekasihku - Anis Ayuni
17. Sambutlah Cintaku - Bikash Nur Idris
18. Jalinan Kasih - Puteri Andalas
19. Pelabuhan Kasih - Lily Suriani
20. Cintamu Di Hati - Aida Adriani
21. Impian Kasih - Liza Zahira
22. Badai Di Hati - Fazie Hanna
23. Sutera Kasih - Sirhan Ansari
24. Selaut Kasih - Azilawati Mat Ansar
25. Demi Kasih Ini - Hasreeyati Ramli
26. Semusim Rindu - Aleeya Anessa
27. Emylia Zulaikha - Ariff Affandy
28. Mencari Cinta - Leeya Myra
29. Setulus Cinta - Norhayati Berahim
30. Inferior - Norhayati Berahim
31. Rindu - Norhayati Berahim
32. Hanya Kerana Cinta - Norhayati Berahim
33. Pesanan Terakhir Seorang Lelaki - Norhayati Berahim
34. Noktah - Norhayati Berahim
35. Rindu Berdetik Lagi - Zuraidah Othman
36. Saat Rindu Berdetik - Zuraidah Othman
37. Irama Di Pesisiran - Zuraidah Othman
38. Hati Yang Terusik - Zuraidah Othman
39. Why Me? - Zuraidah Othman
40. Ada Cinta Di Matanya - Zuraidah Othman
41. Satukan Semuanya - Zuraidah Othman
42. Jangan Ada Benci - Zuraidah Othman
42. Pearl Piah - Zuraidah Othman
43. Lewat Musim Itu - Norhayati Berahim
44. Bermadu Dalam Cinta - Hanani Daud
45. Boneka - Abdul Rahim Awang
46. Buat Yang Terakhir - Sabariah Araur
47. Jibam - Ujang
48. Keranamu Ain - Noor Suraya
49. Lamaran Kedua - Ma Lee Chuswan
50. Mencari Diri - Lily Haslina Nasir
51. Mereka Yang Tertewas - Hasanuddin Md Isa
52. Nota Luka - Sabariah Araur
53. Seindah Derita - Norhayati Berahim
54. Sutera Dalam Lukisan - Abu Talib Hassan
55. Tangisan Bulan Madu - Samsiah Mohd Noor
56. Teguh - Norhayati Berahim
57. Bukan Aku - Zuraidah Othman

Bersambung....

Tuesday, March 21, 2006

Jom Cuti2 Malaysia...



18.45 pm....

Yehaaaa!!! Keje sudah siap. Aduhai, leganya dapat selesaikan keje. Itupun lepas semalaman aku mengadap laptop kat umah, membereskan assignment yang tertangguh. Kalau tak, belum tentu siap lagi keje aku sekarang.

Actually, ada lagi keje yang tak setel. Tapi, boss besar kata...bawa ke next issue. So, boleh la relaks sikit. Lagipun, rasanya minggu ni hectic giler. So, ingat nak pulun cuti plak.

Hehehe, esok aku cuti...Khamis dan juga Jumaat. Plan asal cuti Khamis ngan Jumaat je. Tapi my mum call bagitau secretion Akif makin menjadi2. So...kene la amik cuti coz Khamis nak bawak dia pi check-up. Tak nak kene admit...

Cam seronok lak dapat cuti lelama ni. Yelah, dah sepanjang minggu ngadap komputer. Sakit badan oooo....
Sedap gak kalau dapat pi SPA ke...tradisional massage ke...uih....Cik Sal, bila kita punya projek SPA nak jalan nih?

Ok la...nak maghrib dulu. Nanti2 post yang lain plak..(kalau sempat, hehehe)

Saturday, March 18, 2006

Happy Birthday, My Little Hero!!!




Happy Bestday to my little hero...Akif Harith.

Hari ni, genap umur Akif dua tahun. Pejam celik, pejam celik...dah besar dah dia. Tak sedar masa berjalan. Seronok rasanya bila tengok dia dah membesar di depan mata. Walaupun dia masih belum boleh berjalan, tapi aku lihat dia semakin bijak. Bagi aku, yang paling penting...kesihatan dia terjamin terlebih dahulu. Bab lambat berjalan tu...biarlah dulu.

Apapun, aku harap Akif menjadi anak yang soleh. Boleh berbakti kepada agama, ibu bapa dan negara.

"Akif...Mama loves you!!! Muahhh..."




P/S: Alahai syahdunya bila dengar ayah bawa adik jalan2. Mama tak dapat ikut sebab kene keje. Dahla mama pi keje, adik tak bangun lagi...rindunya...

Wednesday, March 08, 2006

Selamat Hari Wanita


Hari ini merupakan hari wanita. Maka kedengaranlah suara-suara yang mengatakan bahawa wanita hari ini tidak lemah dan seiring dengan lelaki. Kedengaran jugalah suara-suara yang meminta supaya hak para wanita, samada ibu, isteri, anak gadis, pekerja wanita dijamin kemartabatannya.

Tetapi sejauh mana wanita itu dimartabatkan? Sejauh manakah wanita itu mahu dimartabatkan? Sejauhmanakah wanita itu berusaha untuk memartabatkan dirinya sendiri?

Dulu-dulu, sudah kedengaran kata-kata yang melarang wanita dari dieksploitasikan, berkumandang saranan yang mengatakan bahawa wanita tidak boleh dizalimi oleh mana-mana lelaki, biarpun suami sendiri. Apatah lagi lelaki asing!

Tapi, saranan dan kata-kata itu hanya tinggal kenangan. Setiap tahun, pada hari wanita, di kala seluruh Malaysia melaungkan hak-hak berkenaan wanita....masih ramai wanita yang teraniaya dan dizalimi tanpa disedari.

Siapakah yang menzalimi mereka? Suami, abang, bapa, majikan, rakan-rakan atau pemimpin? Atau mereka sendiri yang menzalimi diri?

Jika wanita yang mendedahkan sebahagian tubuh untuk iklan dikatakan eksploitasi dan menghina wanita itu sendiri, siapakah yang melakukan eksploitasi itu? Syarikat iklan atau wanita itu sendiri yang membiarkan dirinya dieksploitasi?

Kepada para wanita, bersediakah kita mengharungi kehidupan di zaman penuh ranjau ini? Bersediakah kita memperkasakan diri bagi memartabatkan diri sendiri? Renunglah...

Monday, February 27, 2006

Bila nak habis?



Hari ini, sudah masuk minggu ketiga aku membaca buku tulisan Pak Said, 'Meniti Lautan Gelora'. Mungkin ada yang tertawa kerana baru sekarang aku baca buku itu yang telah pun diterbitkan zaman aku masih belajar dulu. Malah, buku terbaru kesinambungan dari Meniti Lautan Gelora, sudah pun berada di pasaran sekarang dengan judul 'Dalam Ribuan Mimpi Gelisah:Memoir Said Zahari'.

Telingaku juga sudah kedengaran ungkapan-ungkapan seperti "baru nak baca buku tu?" , "buku baru dia dah keluar lah", dan macam2 lagi kata-kata sinis yang dilemparkan padaku. Tak apalah, sekurang-kurangnya aku ada membacanya (walau terlewat) dari tidak membaca langsung!

Kenapa sudah minggu ketiga? Ermmm...itulah yang aku sendiri sedang fikirkan. Kebiasaannya, aku yang suka membaca...boleh menghabiskan 2 hingga 3 buku dalam seminggu. Tapi nampaknya kali ini sebuah buku mengambil masa hampir sebulan untuk dihabiskan! Mungkin kerana aku lebih banyak membaca novel berbanding buku-buku yang berlainan genre.

Aku yang merupakan 'novel addict' berazam untuk menghabiskan membaca kedua-dua buku Pak Said, sebelum aku membeli novel terbaru yang setiap bulan aku nantikan kemunculannya. Mudah-mudahan, aku berjaya melaluinya...hehehe.

Friday, February 24, 2006

Makan bola, minum bola, tidur bola....

World Cup menjelang tiba...

Bahang Piala Dunia 2006 sudah terasa. Sana sini dah terdengar peminat bola bercerita mengenainya. Di kaca-kaca tv turut menghangatkan lagi suasana. Di dada-dada akhbar juga sudah terpampang persediaan team2 gergasi menjelang piala tersebut. Rakan-rakan di pejabat juga sudah mula bergebang dengan team2 favourite masing2. Semua sudah sibuk berbicara tentang piala dunia. Ada juga yang sibuk membuat countdown world cup di blognya...hehehe.

Yang pastinya, pemilik akaun Astro akan menjaga akaun masing2 agar tidak menghadapi masalah menjelang piala dunia. Yang mana tak ada Astro, mungkin akan mula subscribe dengan rangkaian berkenaan. Atau mungkin saja menunggu di siaran biasa. Sudah pasti liputan akan diberikan. Bagi pemilik-pemilik kedai makan, sama ada kedai mamak ataupun tomyam, sudah pasti akan ada skrin besar bagi menayangkan game setiap malam sebagai satu strategi untuk menarik ramai pelanggan memenuhi meja-meja dan kerusi-kerusi yang disediakan.

Bangun tengah malam...

Sepanjang pengetahuan, sudah pasti ada game yang ditayangkan pada waktu2 'lena diulit mimpi'. Saya minat jugalah dengan bola ni, nak pulak dengan world cup. Tau jugalah serba-sedikit tentang bola ni. Maka, akan kelihatanlah cahaya samar-samar di kediaman peminat bola sepak ini. Akan kedengaranlah bunyi jam loceng yang akan di'set'kan pada waktu2 tertentu. Paling tidak pun, sudah tentu ada yang meninggalkan pesan pada kawan2 supaya 'tolong kejutkan aku sekian2......' Maka, beramai-ramailah peminat bola sepak akan 'melepak' sambil mengeteh di kedai mamak atau tomyam. Paling tidak pun, akan melepak di depan tv di rumah masing-masing.

Jangan lupa...

Kepada teman2 yang bakal bangun malam untuk menyaksikan game team kesayangan anda, jangan lupa kuncikan jam loceng beberapa jam atau minit sebelum game bermula. Bolehlah luangkan 5, 6 minit untuk solat tahajjud. Ala....dua rakaat jek. Hehehehe....

Bila FRU Berbaris...



Baru-baru ini, aku diberi tugasan membuat liputan demonstrasi membantah tindakan kerajaan tidak mengumumkan laporan siasatan keretakan MRR2, di Desa Jaya, Kepong. Demo yang dijadualkan
bermula jam 2.30 petang itu bermula dengan lebih awal, iaitu jam 2.20 petang.

Ketika sudah hampir dengan lokasi demonstrasi, mataku terpandang beberapa anggota polis di kaki-kaki jalan. Terlintas di fikiran, besar-besaran kah demo ini dan ramaikah pengikutnya? Setahu aku demo
ini tidak sempat diuar-uarkan dengan meluas.Tatkala terpandang Ketua Penerangan KeADILan, Saudara Tian Chua memberikan kenyataan, barulah aku sedar mungkin kehadiran Tian Chua membimbangkan pihak polis. Tian Chua, seperti ramai aktivis reformasi tahu, seorang lelaki yang tidak gentar menghadapi ancaman polis,
khususnya FRU...

Dan dalam demo yang tidak sampai 30 orang itu pun, hampir 20 anggota FRU berbaris berhadapan dengan penunjuk perasaan. Jenuh dan ligat kepalaku berfikir mengapa perlu FRU turun padang dalam demo sekecil
ini?

Aku yang tiba jam 2.35 petang (photographer dan seorang rakan setugas singgah solat Jumaat), tiba-tiba saja terdengar arahan dari pegawai polis supaya beredar dari kawasan tersebut dalam masa lima minit. FRU pula
sudah bersedia dengan kelengkapan mereka, menanti jika para penunjuk perasaan enggan mematuhi arahan.

Tian Chua segera meminta semua demonstrater supaya beredar. Hairan dan ajaib...demo sekecil itu pun perlukan FRU? Siapa yang mereka takutkan? Apa yang mereka bimbangkan? Entahlah...barangkali mungkin
FRU sudah lama tidak menyembur dan memukul penunjuk perasaan...

Alhamdulillah



Alhamdulillah...setelah mengambil cuti dua hari untuk 'observe' anak...si little hero tidak perlu admit di wad.Pertemuan hari ini, memang memuaskan hati pakar Akif, Professor Jessie de Bruyne.
Mana taknya, peluang bercuti aku gunakan sepenuhnya untuk memantau Akif.


Bermula dengan makan minumnya, hinggalah memastikan pernafasan dan tahap oksigennya mencukupi.
Bab makan Akif tak bermasalah. Bagi jelah apapun, semua dia makan. Nasi putih, nasi minyak, semua ok. Sayur makan, masakan pedas pun makan. Tapi, bab minum susu...aduhai, kena bergaduh dulu baru dapat
habiskan susu sebanyak 135ml tu. Sabar jelah...

Dah selesai bab makan minum, aku akan pastikan setiap pagi lepas dia bangun tidur, aku akan buat chest physio. Menepuk-nepuk dada, sisi dan belakang badannya memang dah menjadi kebiasaan Akif sejak ditahan di wad dua tahun lalu.

Kira-kira 15 minit kemudian, bermulalah episod yang paling menyampah bagi Akif..iaitu membedungnya dengan selimut besar untuk mengelakkan tangannya menepis agenda aku seterusnya. Agenda suction aku bermula untuk mengeluarkan kahak yang terkumpul di paru-paru dan saluran
pernafasannya.

Kadang2 tu, hampir 1 jam juga menyedut kahaknya tu. Tengok keadaan, kalau banyak...lama lah. Kalau sikit, sekejap aje. Tapi untuk dua hari ini, memang aku pulun habis sebab tak nak dia kena tahan di wad. Hasilnya,
dia boleh balik rumah dan aku meneruskan rawatan rutin terhadapnya.

Aku pun dah terbiasa dengan kerja-kerja 'nurse' tu. Apa tidaknya, bermula hari pertama dia disahkan mengidap penyakit paru-paru kronik tu, aku dah mendalami pelbagai perkara mengenai perubatan dan
perawatan. Doktor dan nurse di PPUM pun tak lokek beri ilmu kepada kami, ibu bapa yang mempunyai anak yang sakit. Jadi, mudahlah aku nak merawat Akif jika apa-apa berlaku padanya.


Tapi, bila time aku tak boleh handle sendiri, aku kena juga menyerahkan Akif kepada doktor. Setakat
ni baru dua kali kot aku menyerahkan Akif, selebihnya aku yakin dengan kemampuan aku merawat sendiri Akif.


Alhamdulillah, keyakinan diriku semakin bertambah, terutamanya dalam urusan kesihatan Akif.
Mudah2an, selepas ini aku terus menjadi yakin, yakin dan yakin lagi...

Wanita Berkerja:Bantu Suami @ Kesenangan Diri

Zaman ini, sudah ramai wanita yang keluar bekerja. Sama ada wanita yang masih bujang mahupun yang telah berkahwin. Budaya itu sudah berada di mana-mana. Di bandar besar, bandar kecil, di kampung-kampung dan
juga pekan-pekan. Sudah tidak ramai yang menjadi suri rumah seperti dulu-dulu.

Kenapa wanita bekerja? Untuk keseronokan diri? Untuk menghabiskan masa? Menolong suami? Bersaing dengan lelaki? Lebih-lebih lagi kepada wanita yang sudah berkahwin dan mempunyai anak. Kenapa mereka
keluar bekerja dan tidak duduk rumah, urus anak dan rumahtangga?

Mungkin wanita bekerjaya di luar sana mempunyai sebab tersendiri mengapa mereka memilih untuk bekerja berbanding duduk di rumah, urus anak. Bagi yang masih bujang, mungkin untuk menghabiskan masa yang terluang. Bagi yang berkahwin pula, kenapa yaaa?? Tolong suami atau kesenangan diri? Mungkin ada yang menjawab, tolong suami, tak kurang jugak yang berkata 'untuk kesenangan diri'.Mungkin juga kedua-duanya sekali.

Apabila seseorang wanita bekerja, wang gajinya boleh dibuat simpanan peribadinya. Malah, mereka boleh membeli keperluan tanpa meminta daripada suami. Secara tak langsung, bukankah itu tidak membantu suami? Apatah lagi jika si isteri turut 'hulur' kepada suami apabila gaji suami sudah di paras kritikal. Kan membantu namanya tu...hehehe

TBP: Apakah Kriteria Yang Layak?

Sejak dua, tiga hari lepas..mata saya terpandang berita di akhbar mengenai pertikaian antara Menteri Kesihatan, Dato' Dr. Chua Soi Lek dengan seorang pemohon Tabung Bantuan Perubatan, Encik Mohamad
Ariff Samsuddin yang ditolak permohonannya untuk menerima TBP.

Saya terpanggil untuk berbicara mengenai isu ini memandangkan saya juga pernah memohon tabung yang sama untuk rawatan anak sulung saya yang mengidap penyakit paru-paru kronik sejak dilahirkan pada Mac 2004 lalu.

Anak kecil saya, yang saya gelarkan dengan jolokan 'My Little Hero', Muhammad Akif Harith disahkan mengidap Chronic Lung Diseases kira-kira 6 jam selepas dilahirkan. Dan akhirnya, Akif mendiami Paediatric
Intensive Care Unit (PICU) di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selama hampir 99 hari, termasuk dua minggu di wad biasa.

Dua minggu selepas discharge, Akif dimasukkan semula ke PICU PPUM kerana masalah yang sama dan perlu memakai mesin sokongan pernafasan (CPAP) selama lebih 3 bulan. Alhamdulillah, dengan izin Allah dan
kesungguhan para doktor, dan jururawat...akhirnya CPAP boleh dikeluarkan dan diganti dengan 'bilevel positive airway pressure' machine atau BiPAP.

Oleh kerana penyakit ini mengambil masa yang agak panjang untuk sembuh sepenuhnya, maka doktor menasihatkan saya dan suami untuk memiliki mesin BiPAP ini untuk kegunaannya di rumah. Sejak itu, saya
sedar saya perlu berusaha keras untuk mengumpul dana bagi membolehkan saya memiliki mesin itu yang bernilai kira-kira RM 42 ribu!

Bahagian kebajikan PPUM segera menemui saya dan suami untuk membincangkan soal pembelian mesin berkenaan. Biarpun, kami berdua mempunyai kerja tetap, tapi untuk memiliki BiPAP semahal itu...memang
tidak mampu.

Kami memohon bantuan badan kebajikan tersebut untuk mendapatkan mesin berkenaan. Kami diberi beberapa pilihan sebagai cara untuk memperoleh mesin berkenaan. Antaranya, menghebahkan kepada media,mengumpulkan wang sebanyak mana yang mampu dan bakinya
ditanggung oleh TBP. Kami mengambil langkah mengumpul sebanyak mana dana yang boleh untuk mendapatkan mesin itu.

Sepanjang tempoh berkenaan, Akif masih di wad kerana dia memang bergantung sepenuhnya dengan mesin berkenaan. Mujurlah syarikat pengeluar mesin berkenaan, bermurah hati memberi pinjam 'sementara'
mesin tersebut sehingga keputusan TBP diperoleh. Jadi, bolehlah Akif menjalani kehidupannya di rumah.

Kami menunggu hampir 6 bulan untuk mendapat keputusan TBP. Alhamdulillah...sudah menjadi rezeki Akif, TBP bersedia memperuntukkan RM 32 ribu untuk pembelian mesin tersebut, dan kami perlu menambah
RM 10 ribu untuk memiliki BiPAP itu. Terima kasih kepada Encik Yazil (badan kebajikan PPUM) yang menguruskan permohonan kami.

Pada awalnya, memang saya tidak berharap yang Akif akan menerima bantuan berkenaan, namun tiada siapa yang boleh menolak kuasa Allah. Bagaimanapun, sehingga kini saya masih membayar baki jumlah mesin
berkenaan secara berdikit-dikit. Malah, bil rawatan di PPUM pun masih berbaki kira-kira RM 2 ribu!

Bila mengenang keadaan ini, hati saya tertanya-tanya apakah kriteria sebenar pemohon TBP. Bukanlah saya minta TBP menarik balik bantuan yang diberikan, kerana saya juga tidak mampu memiliki mesin itu tanpa
bantuan TBP, tetapi saya lihat ada juga yang senasib dengan saya tidak diluluskan permohonannya.

Bila membaca di akhbar, ramai golongan tidak mampu gagal memperoleh bantuan dari tabung berkenaan, hati saya terusik. Saya benar-benar dapat merasai keperitan dan kesusahan mereka mencari wang untuk rawatan mereka ataupun anak mereka.

Saya memang tidak tahu prosedur dan kriteria sebenar pemohon TBP yang layak. Berdasarkan pengalaman saya, walaupun saya suami isteri berpendapatan tetap, tetapi untuk memiliki mesin bernilai RM 42 ribu, di
samping penyelenggaraannya sebanyak kira-kira RM 300 sebulan, saya memang tidak mampu.

Harapan saya, pihak yang menguruskan TBP dapat menjelaskan secara terperinci kriteria yang layak untuk memohon tabung tersebut. Setiap pemohonan itu pula hendaklah diteliti secara mendalam bagi memastikan
semua pihak yang memerlukan dan benar-benar layak berjaya menerima bantuan dari tabung berkenaan.

Kepada pihak TBP dan Encik Yazil, terima kasih kerana meringankan beban saya untuk menanggung kos perubatan anak saya. Juga kepada wakil Somnotec (syarikat pengeluar BiPAP), Mr. Stanry Lau...terima
kasih atas kerjasama dan keprihatinan anda!!

CINTA....Tiada Akhirnya...



Direntap kasih jiwa ini
Sinar mata menusuk hati
Tak terlepas dek sanubari
Takkan terungkap ikatan sejati

Namun...Kesempurnaan masih bertatih

Gelombang jiwa musykil angkara
Rasukan nista adat dunia
Menerobos rakus di ruang minda
Resah dan gundah mencalar rencana

Dan...Terus ku tatap bayang rindu

Ku gagahi setiap gelagat
Ku pohon doa kurniaan iradat
Ku tetapkan hati lorongan kudrat
Kasihmu ku paut ku peluk erat

Kini...Resah menghilang rindu mendatang

Persada cinta seteguh dunia
Resapan rindu usapan bayu
Kasih membara sinaran mutiara
Ku yakini dirimu bernafas cintaku

Ku rela...
Cinta...tiada akhirnya


-FA-