Monday, June 05, 2006

Highway Karak Ohhh Highway Karak

Minggu baru ni, aku balik ke Chenor, umah mentua. Gerak dari Keramat jam 1.00, lepas pi kenduri kahwin jiran berhampiran. Melepasi kira2 50 meter aje dari tol Gombak, mata aku terpandang keta2 tersusun rapat. Aduhai, tak abis2 lagi jammed highway ni. Mesti tak abis lagi kerja2 diorng nih!! Satu lane tutup, bukak lane baru di arah bertentangan. Takde maknanya....siput jugak keta2 kat lane tuh.

Kami still kat lane asal. Malas nak masuk lane tambahan tuh. Mujur Akif sporting, tak buat hal. Duduk diam je dia... sambil mengunyah muffin, 'berkat' dari umah kenduri. Lepas tu, ngadap buku 'My Body' dia. Mujurlah...
Terbayang kesesakan di Tol Bentong nanti..aduhai....

Hampir 1 jam juga melekat sebelum sampai Genting Sempah. Alhamdulillah, selepas tu jalan okey sikit. Tak ler tensen sangat, sebab Akif pun dah start tak nak duduk diam.

Aku pelik betul la. Tak abis-abis highway menghubungkan ke pantai timur ni dikorek, diturap. Rasanya, dah berapa kali balik ke kampung, tak abis2 lagi kerja2 tu. Naik jemu plak. Mujur nak balik umah mentua..kalau setakat nak pi jalan2, tak kuasa aku!! Hihihi...Cemanalah kalau orang yang tetiap ari berulang-alik dari Pahang ke KL.

Pak menteri, Samy pun satu hal. Cubalah buat jalan tu untuk jangka panjang...20 tahun ke, 30 tahun ke. Ini buat untuk 5 tahun. Lepas tempoh tu, mula la nak korek, tampal semula. Sabo jelah...

1 comment:

Khaleel said...

apa nak buat...inilah malaysiaku...lepas JKR turap buat highway baru untuk YB ulangalik....mai TNB tanam kabel pula, korek balik bagi tanam wayar tambahan sebab YB buat rumah baru kat situ dan turap balik...then mai lak SYABAS...tanam paip untuk rumah bini baru YB, kambus dan turap balik, then lagi...mai lak Telekom, tanam kabel talian tambahan YB baru supaya senang nak IRC ngan bini lama...lepaih tu, masuk pula celcom...nak masukkan fibre optik bagi xtension line tambahan hanya untuk top-up kad YB baru tu...dah lepas celcom, gatal lak YB tu ambik MAXIS...maka mai lak MAXIS korek lubang kat highway tu untuk masuk lagi kabel depa...dah abis MAXIS, masuk lak musim AF4...maka astro terpaksa mai tengah-tengah malam pacakkan kabel voltan tinggi dalam highway baru tu agar bini YB baru tak bising tak dapat siaran AF4...alih-alih jalan dah mula nak elok...mai lak SB dari BUKIT AMAN untuk pasang dan tabur pepijat sepanjang jalan baru...untuk SPY aktiviti YB baru tu...then bila masuk kali ke-10, kerajaan umumkan...belanjawan baru...semua jalan raya akan ditingkatkan kapasitinya...maka akan koreklah lagi...dan lagi...dan lagi...sampai KIAMAT!